Friday, August 13, 2010

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat

Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat


2010/08/13


KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, menunjukkan mata wang Dinar Emas dan Dirham Perak pada majlis pelancaran di Kota Bharu, semalam.KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan semalam melancarkan Dinar Emas dan Dirham Perak sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Bagaimanapun mengikut undang-undang, pengeluaran mata wang sama ada alternatif atau tidak, adalah di bawah bidang kuasa mutlak Kerajaan Persekutuan dan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia membabitkan urusan dasar serta pengurusan kewangan Malaysia. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan mata wang, tidak timbul soal mata wang alternatif atau tidak walaupun hanya untuk urusan jual beli di negeri itu.
Kementerian Kewangan dan BNM akan mengkaji tindakan yang boleh diambil berhubung perkara ini, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai tindakan kerajaan Kelantan melancarkan dinar dan dirham yang akan digunakan di kira-kira 1,000 premis perniagaan di sekitar negeri itu, termasuk Pasar Besar Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Bazar Buloh Kubu dan Pasar Siti Khadijah.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata berdasarkan kajian, penggunaan dinar dan dirham dalam urusan perniagaan di negeri ini tidak bercanggah dengan peraturan ditetapkan BNM.
"Kajian sudah dilakukan dan ia tidak bercanggah, kita ikut laluan yang betul dan kalau ada apa-apa kita boleh runding, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Mata Wang Syariah, Dinar dan Dirham Kelantan di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Aziz turut menyampaikan sijil dan pelekat kepada rangkaian peniaga negeri ini yang bersedia menerima dinar dan dirham sebagai medium jual beli.

Sebagai simbolik perasmian, Nik Aziz turut menyerahkan pembayaran gaji pertama kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Mustafa Salleh, menggunakan dinar.

Sementara itu, pakar ekonomi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharuddin, turut mengesahkan pengeluaran mata wang di luar bidang kuasa kerajaan negeri, malah tindakan kerajaan PAS Kelantan itu tidak praktikal dan tidak kena pada caranya.

Thursday, August 12, 2010

Kelantan launches Syariah currency

KOTA BARU: Kelantan has become the first state to introduce the gold dinar and silver dirham currency on Thursday.
Speaking when launching the Syariah currency, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said the state would strive to expand the use of gold dinar and silver dirham in all transactions, including paying civil servants' remuneration.

However, there are still many technicalities that had to be addressed by the state government, he told reporters after launching the dinar gold and silver dirham here Thursday.


The dinar gold and silver dirham is managed by Kelantan Gold Trade (KGT), a subsidiary of Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK).


In a symbolic gesture to mark the occasion, Nik Abdul Aziz handed over dinar gold to PMBK chief executive officer Mustapha Salleh as payment of salaries to PMBK employees for the month.

Nik Abdul Aziz, who is also PMBK chairman, said to date 1,000 traders agreed to use the gold dinar and the dirham silver currency in their transactions besides Lembaga Tabung Haji and Bank Islam Malaysia.


"There is no reason why transactions in syariah currency cannot be practiced in the state as it was widely used thousands of years before the fall of the Ottoman Empire," he said, adding that other states were encouraged to use the currency. - BERNAMA




Read more: Kelantan launches Syariah currency http://www.nst.com.my/nst/articles/KelantanlaunchesSyariahcurrency/Article/#ixzz0wRKpDa00