EKONOMI
Dinar emas tampan kesan krisis kewangan
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Penggunaan dinar emas menggantikan mata wang dalam sistem perniagaan dapat membantu mengurangkan kesan akibat krisis kewangan yang berlaku sekarang.
Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkata, penggunaan dinar emas adalah praktikal ketika ini memandangkan nilai emas yang sentiasa meningkat.
''Emas tidak mudah 'runtuh' dan nilainya akan meningkat semasa inflasi. Bukan seperti mata wang yang mana semasa inflasi nilainya akan jatuh.
''Emas juga adalah satu aset yang akan sentiasa stabil dan berharga dari semasa ke semasa. Dinar boleh dijadikan tempat penyimpanan nilai yang tinggi. Tidak seperti wang kertas atau syiling,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada seminar 'Dinar Emas 2009' di Akademi Pengajian Islam UM di universiti itu di sini hari ini.
Katanya, inisiatif menukar mata wang kepada dinar emas adalah satu jalan penyelesaian bagi mengelakkan krisis kewangan dunia memberi kesan buruk kepada negara Islam.
Katanya lagi, mendidik masyarakat mengenai dinar emas memang satu cabaran dan akan mengambil masa yang lama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment