Thursday, July 10, 2008

Iran cadang guna satu mata

Online - Berita Utama http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0709&p...
1 of 1 7/9/2008 6:32 PM
BERITA UTAMA
Iran cadang guna satu mata
wang
KUALA LUMPUR 8 Julai - Iran mencadangkan penggunaan satu mata wang di kalangan negaranegara
Islam bagi mengurangkan penggantungan dolar Amerika Syarikat (AS).
Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, penggunaan mata wang boleh meningkatkan kuasa
pembeli dan membuat keputusan.
''Kewujudan mata wang Islam akan turut membantu dalam meningkatkan imej dan status
masyarakat serta negara Islam," katanya dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan selepas
Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini hari ini.
Perkara tersebut juga dibangkitkan sewaktu pertemuan Ahmadinejad dengan bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad di bilik penginapannya semalam yang menyambut baik
cadangan tersebut.
Terdahulu, Ahmadinejad memberitahu, penyertaan Iran dalam D-8 bukan sahaja akan memberi
manfaat kepada negaranya tetapi kepada semua anggota.
"Ini kerana kerjasama yang konstruktif akan membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk
meneroka peluang perdagangan yang luas," jelasnya.
Beliau turut menyatakan kesediaan untuk membantu mana-mana negara anggota dalam
mana-mana bidang sekiranya diperlukan.

No comments: