Tuesday, July 8, 2008

Menjana Kembali Sistem Ekonomi Islam

Menjana Kembali Sistem Ekonomi Islam



Assalamualaikum,



Masanya dah tiba kepada semua Umat Islam Yang Beriman, Umat Islam yang Cintakan Islam Umat Islam yang Mencintai ALLAH, Umat Islam yang Mencintai Rasullullah kita mulakan kembali Sistem Ekonomi Rasullullah SAW yang telah lama kita tinggalkan,



Memandangkan keadaan ekonomi Umat Islam yang lemah, Umat Islam perlu Menjana Ekonomi Umat Islam mengikut contoh Ekonomi Islam Zaman Rasullullah SAW, Sistem Ekonomi Islam seperti Zaman Rasullullah SAW perlu di jalankan supaya Umat Islam kembali menerajui Ekonomi,



Oleh itu saya ingin mengajak Anda Semua Saudara Saya Seagama membina kembali Sistem Ekonomi Islam cara Rasullullah SAW dan Mengajak Semua Saudara Seagama Islam yang Beriman dan Mencintai Islam supaya menyertainya Bersama-sama bergandingan bekerjasama memajukan Ekonomi Islam



Sistem Ekonomi Islam (cara Rasullullah SAW) dapat menghapuskan kemungkaran dan maksiat selain dapat menanggani berbagai gejala sosial dan akhlak seperti rasuah, kezaliman dan berbagai lagi masaalah yang menimpa umat Manusia kini



Sistem Ekonomi Islam bukan memberi faedah pada Umat Islam sahaja malah Sistem Ekonomi Islam memberi faedah kepada Semua Umat Manusia serta Semua Makhluk ALLAH SWT, Sistem Ekonomi Islam ialah Muamalah Terbaik kepada Manusia dan Seluruh isi Dunia



Sedikit Fakta Mengenai Sistem Ekonomi Islam



Ringkasnya Sistem Ekonomi Islam ialah berdasarkan “PERKONGSIAN”, Dimana Manusia dan seluruh Makhluk Berkongsi TUHAN yang SATU ALLAH SWT, Umat Islam pula Berkongsi Raullullah SAW yang sama, Berkongsi Kitab Suci Al Quran yang sama, Kiblat yang sama, Berkongsi Agama yang sama iaitu ISLAM,



Sistem Ekonomi yang dibuat Rasullullah SAW (Sistem Ekonomi Islam) ialah permulaan kepada Tamadun Ekonomi Manusia, Sistem Ekonomi yang lengkap dan teratur membawa Perpaduan Umat Islam serta Menjana Kemajuan,



Namun ianya telah dilupakan oleh Umat Islam zaman ini, menyebabkan bukan Islam telahpun memanopolikan ekonomi dunia terutama yahudi dan nasrani, dengan menambah beberapa perkara seperti riba dan penipuan pada masa yang sama Umat Islam yang semakin melupakan Sistem Ekonomi Rasullullah SAW telah ketinggalan yang amat jauh

Persoalannya sampai bilakah Umat Islam mahu terus melupakan Sistem Ekonomi yang pernah Memajukan Islam ke tahap Maksimum ?



Sistem Ekonomi Islam ini MEMULAKAN KEMBALI Sistem Ekonomi Islam Zaman Rasullullah SAW 1400 tahun yang lampau, Sistem Rasullullah SAW yang terbukti paling berjaya, Sistem Ekonomi yang paling berkemampuan membawa Umat Islam kembali ke Mercu Kegemilangan, Sistem Ekonomi Islam yang Menggabungkan Seluruh Kekuatan Minda, Ilmu, Tenaga dan Harta Umat Islam untuk Memajukan Umat Islam



Banyak masaalah yang di hadapi Umat Islam dapat di selesaikan, pada ketika Umat Islam di pecah belahkan oleh berbagai Bangsa, Negara, Bahasa, Warna Kulit, Parti, Jamaah dan sebagainya Sistem Ekonomi Islam dapat Menyatukan kembali Umat Islam kerana Sistem Ekonomi Islam Terbuka untuk Semua Umat Islam Yang Beriman, Yang Cintakan Islam, yang sanggup Berjihad, Sistem Ekonomi Islam yang tidak terbatas kepada Bangsa, Negara, Bangsa dan Kedudukan, Baik Melayu, Cina, India, Arab atau apa Bangsa sekalipun dapat menyertai Sistem Ekonomi Islam, dari berbagai Negara mahupun Bahasa yang di gunakan,



Dunia Ekonomi Islam tanpa Sempadan tanpa mengira daripada mana-mana Negara sekalipun dapat menyertai Sistem Ekonomi Islam, halangan kepada Umat Islam yang Beriman hanya timbul dari diri sendiri hasutan Nafsu, hasutan syaitan, tipudaya dunia dan hasutan manusia yang memusuhi Islam yang bersifat dengki dan tamak sahaja, tiada batasan untuk Umat Islam Yang Beriman dan Cintakan Islam untuk Maju dan Perjuangkan Islam (Jihad Pada Jalan ALLAH SWT) melalui Jalan Ekonomi dan Perang



Bermula Sejarah Penghijrahan Penduduk Makkah (Muhajirin) ke Madinah, Penduduk Madinah Auz dan Khazraj yang di satukan Rasullullah SAW (Ansar) telah menunjukkan Teladan yang Terbaik, Kaum Ansar sanggup memberikan Kebun-kebun mereka kepada Kaum Muhajirin, atas Semangat Persaudaraan yang amat kukuh dan Cintakan Islam Sistem Ekonomi Islam di jayakan, Sikap Saling bantu-membantu Sesama Islam Kerana Sayangkan Islam dan Cintakan ALLAH SWT menjadikan Sistem Ekonomi Islam begitu kukuh dan kuat sehingga mengalahkan dan menjatuhkan ekonomi yahudi yang sebelumnya Menguasai ekonomi di Madinah



1400 tahun hijrah yang lampau keadaan Umat Islam zaman Rasullullah SAW terdiri daripada berbagai keadaan ekonomi ada yang kaya, yang sederhana dan yang miskin lebih ramai malah terdapat juga Umat Islam yang menjadi Hamba, Kejayaan Sistem Ekonomi Islam Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA dapat di lihat dimana tiada lagi Umat Islam yang menjadi Hamba dan Miskin, Perigi Saidina Uthman RA di Madinah adalah satu bukti Pengorbanan Seorang Sahabat RA yang “melabur” Membelanjakan Hartanya pada Jalan ALLAH SWT dengan membeli salah satu perigi daripada 2 perigi di Madinah daripada yahudi serta mewakafkan kepada Umat Islam dan Masyarakat,



Perlantikan “Tokoh Korporat” seperti Saidina Abdul Rahman Auf RA yang mengetuai “Angkatan Perdagangan” yang berurusan Mengekspot barangan Umat Islam ke luar Madinah adalah satu lagi contoh Pembangunan Ekonomi Islam Zaman Rasullullah SAW



Inilah yang perlu kita Umat Islam lakukan bagi Membangunkan kembali Ekonomi Islam cara Rasullullah SAW yang telah di lupakan, memandangkan Ekonomi dunia yang kembali di kuasai yahudi sementara ekonomi di Malaysia yang di dominasi oleh bukan Islam, Oleh itu Kita Umat Islam hanya perlu Menjana Kembali Sistem Ekonomi Islam, Umat Islam perlu mengubah Minda seperti Minda Umat Islam 1400 tahun hijrah yang lampau, Kita perlu jadi Umat Islam Bersaudara yang Saling Bantu Membantu dalam semua segi



Sistem Ekonomi Islam di yakini mampu untuk mengubah Minda Umat Islam menjadi sepertimana Minda Umat Islam yang Terbaik seperti Umat Islam Zaman Rasullullah SAW, Para Sahabat dan Para Tabiin, dengan adanya Sistem Ekonomi Islam akan melahirkan Umat Islam berminda kelas pertama seperti zaman Rasullullah SAW dan Sahabat RA, Umat Islam yang Beriman akan bersatu di dalam Angkatan Perdagangan yang kuat yang akan kembali menguasai ekonomi di serata tempat, Umat Islam akan beroleh Keuntungan dunia dan Akhirat sekaligus, paling utama Umat Islam akan kembali Bersaudara kasih mengasihi sesama Islam dan Dasar “Sahabat” akan di mulakan kembali,



Sistem Ekonomi Islam ialah Jihad kecil sebagai persediaan dan kayu pengukur kepada Jihad besar iaitu Berperang Pada Jalan ALLAH SWT, Jihad kecil yang dapat melatih Umat Islam bersedia untuk Jihad Besar, disebabkan Umat Islam sekarang semakin lemah untuk Berjihad, Kekuatan Islam perlu di pulihkan dengan memulihkan Ekonomi Islam, Kekuatan ekonomi di Zaman Rasullullah SAW sehingga zaman kegemilangan Islam telah menyebar luaskan Syiar Islam ke serata pelusuk dunia, sudahkah kita Umat Islam Nusantara Asia lupa bahawa Syiar Islam tersebar kesini melalui Perdagangan?



Sistem Ekonomi Islam ini di wujudkan bertujuan untuk Menyatu-padukan Umat Islam dari sudut Ekonomi atau Muamalah, selain itu Sistem Ekonomi Islam di adakan supaya Umat Islam mendapat Yang Halal Dan Berkat, dengan itu Umat Islam akan lebih Berkasih Sayang Sesama Islam di samping Semangat Tolong Menolong dalam Semua Urusan Duniawi dan Akhirat, Dengan adanya Sistem Ekonomi Islam Kita Umat Islam bukan sahaja dapat Memperkukuhkan Ekonomi Islam tetapi dapat Mempertingkat Ekonomi Diri kita dan Saudara Seagama sesama kita, malah melalui Sistem Ekonomi Islam juga dapat Membangunkan Teknologi Islam Berdasarkan Kitab Al Quran dan Sunnah dan Hadis Nabi SAW



Sistem Ekonomi Islam bukanlah satu bentuk Perniagaan yang baru, Sistem Ekonomi Islam di jalankan dengan Menghimpunkan dan Menyatukan Syarikat-syarikat dan Perniagaan milik Umat Islam dan juga Menghimpunkan dan Menyatukan Ilmu dan Kemahiran Umat Islam, Sistem Ekonomi Islam masih mengekal bentuk perniagaan yang sedia ada yang menepati Syarak, Sistem Ekonomi Islam hanya bertujuan untuk Menghimpunkan Umat Islam untuk di Satukan menjadikan Umat Islam Kuat serta Mengembalikan Persaudaraan Sesama Islam sebagaimana yang telah di buat oleh Rasullullah SAW, dalam ertikata lain untuk Mengembalikan Sunnah Rasullullah SAW,



Selain itu melalui Sistem Ekonomi Islam Umat Islam dapat Meneroka bidang Perniagaan baru yang lebih moden seperti membina kapalterbang dan lain-lain lagi yang belum pernah di terokai oleh Umat Islam, Sistem Ekonomi Islam ialah untuk Mencari Keberkatan bukannya keuntungan Dunia semata-mata, Keberkatan adalah nikmat yang di beri ALLAH SWT di atas dunia dan memberi pertolongan di akhirat kelak



Sistem Ekonomi Islam juga Bertujuan untuk Mengembalikan Kekuatan Umat Islam dari sudut Ekonomi dan Perpaduan serta Pengorbanan dan Perjuangan, Semangat Sayangkan Islam dan Mencintai Islam perlu di pupuk kembali, Umat Islam perlu bangkit membina kembali Kekuatan Ekonomi Islam yang hampir musnah, Sesuatu tugas yang sukar tetapi Perlu di lakukan Kerana ALLAH SWT



Sistem Ekonomi Islam ini bukanlah baru di reka mahupun idea baru, Sistem Ekonomi Islam ini ialah “Mengulang Kembali” apa yang telah di lakukan Rasullullah SAW dan Para Sahabat RA 1400 tahun Hijrah yang lepas, Sistem Ekonomi Islam ini mahu di buat berdasarkan Hadis Rasullullah SAW

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

H.R. Muslim

Berdasarkan Hadis Rasullullah SAW ini Umat Islam Yang Beriman perlu kembali “berdagang” sepertimana Zaman Rasullullah SAW, Selain itu berdagang juga adalah salah satu cara Umat Islam Yang Beriman Berdakwah menunjukkan kepada bukan Islam Perpaduan Umat Islam yang menjadi contoh Terbaik, malangnya Umat Islam telah meninggalkannya sebaliknya kini Budaya Islam ini di ikuti oleh bukan Islam contohnya Kaum Cina di Malaysia yang menguasai ekonomi Malaysia bagi memantapkan Sistem Ekonomi mereka



Berdasarkan Panduan di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Anfal Ayat 73



Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.



Nyatalah Umat Islam sedang melalui zaman kemelesetan ekonomi kerana tidak menjalankan dasar saling bantu membantu sehingga Ekonomi kita di jajah oleh bukan Islam, akibatnya terdapat Umat Islam yang hidup teramat miskin dan terdapat juga Umat Islam yang menjadi “hamba” (mengikut istilah moden) kepada bukan Islam, perkara ini tak patut menimpa Umat Islam sekiranya Kita Umat Islam saling Bantu-Membantu dalam menjalankan urusan Duniawi



Sistem Ekonomi Islam amat memerlukan Umat Islam yang mahu Bantu Membantu Sesama Islam bagi Menguasai Ekonomi yang di dominasi oleh bukan Islam sepertimana di terangkan di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Anfal 73, Sistem Ekonomi Islam ialah Umum dimana ia melibatkan semua Umat Islam Bersama-sama Bersatu padu dalam menempuh sebarang kesusahan atau menikmati kesenangan, sebab itulah Sistem Ekonomi Islam di yakini Mampu menjadikan Umat Islam bersatu-padu kasih mengasihi Sesama Islam seperti Umat Islam Zaman Rasullullah SAW



Semua Umat Islam boleh menyertai Sistem Ekonomi Islam ini, tak kira apa jua Bangsa, Negara, Bahasa, Jantina dan Usia, tiada sebarang halangan untuk Umat Islam untuk menyertai Sistem Ekonomi Islam dan Tiada PAKSAAN kepada Umat Islam untuk menyertainya, Sistem Ekonomi Islam ini KHUSUS untuk Umat Islam yang Beriman yang Cintakan Islam dan Ikhlas, Sistem Ekonomi Islam ini ialah Dasar Perkongsian Ekonomi dalam Kehidupan dimana Umat Islam Yang Beriman sudah pasti mengetahui bahawa Kita Berkongsi TUHAN yang SATU, Berkongsi Nabi SAW yang Sama, Berkongsi Agama Yang Sama Islam dan Berkongsi Hidup di atas Dunia(Bumi) yang Sama, Selain kita akan di himpun bersama di Akhirat kelak



Cara Sistem Ekonomi Islam Di Jalankan


Sistem Ekonomi Islam ini akan di jalankan Berdasarkan Panduan daripada Kitab Suci Al Quran Surah Al Anfal Ayat 7



Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya;



Umat Islam Yang Beriman sudah Pasti Menyedari dan Merasai bahawa kita Umat Islam telahpun “Kehilangan” kedua-dua Angkatan sebagaimana maksud yang tersebut di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Anfal Ayat 7, Kedua-dua Angkatan ini sudahpun Pupus di telan Zaman tanpa kita Umat Islam menyedarinya, Dengan itu adalah menjadi Tugas Kita sebagai Umat Islam untuk Memulakan Kembali apa yang telah di lakukan Rasullullah SAW (Sunnah) 1400 tahun hijrah yang lampau



Sistem Ekonomi Islam ialah Menubuhkan Kembali “Angkatan Perniagaan” untuk Perjuangan Islam di waktu Aman, Sistem Ekonomi Islam juga berfungsi Mengembalikan “Kebolehan” Umat Islam dalam kehidupan Dunia mahupun Akhirat, Umat Islam mempunyai Kebolehan yang amat Tinggi Kerana di Bantu oleh ALLAH SWT, dengan adanya Sistem Ekonomi Islam atau “Angkatan Perniagaan” ini Umat Islam dapat Berjuang dari Sudut Ekonomi dan Perang yang Sebenar, Inilah Kehebatan Umat Islam apabila Bersatu di mana Kebolehan/Kemahiran yang ada pada Umat Islam di kumpulkan Umat Islam dapat Menguasai apa sahaja Kerana Di bantu ALLAH SWT biarpun jumlah Umat Islam sedikit



Dengan itu Umat Islam Yang Beriman perlu di kumpulkan seramai mungkin, Umat Islam yang Sayangkan Islam di seru menyertai Sistem ini, Semua Umat Islam terutama Yang Beriman di Jemput dan Di Raikan menyertai Sistem Ekonomi Islam, Sokongan daripada Umat Islam amat di perlukan terutama Doa-doa daripada Saudara Seagama supaya “Angkatan Perdagangan” (Sistem Ekonomi Islam) dapat di jalankan dan Berjaya



Umat Islam Yang Beriman boleh menyertai Angkatan Perdagangan ini melalui Pinjaman atau Pelaburan



Pinjaman


Pinjaman yang di maksudkan bukanlah pinjaman daripada Bank dan Institusi Kewangan, Pinjaman dari Institusi Kewangan contohnya Bank tidak praktikal kerana ia tidak dapat menghimpunkan Umat Islam dalam Sistem Ekonomi Islam, Pinjaman dari Institusi Kewangan lebih bersifat peribadi,



Pinjaman yang di maksudkan ialah Pinjaman daripada Umat Islam yang sudi meminjamkan harta miliknya Kerana ALLAH SWT sepertimana di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 245, Surah Al Maidah Ayat 12, Surah Al Hadiid Ayat 11 dan 18, Surah Al Taghaabun Ayat 17 dan Surah Al Muzammil Ayat 20



Contoh “Pinjaman” yang di maksudkan ialah



1. Adalah penting untuk Kita Umat Islam Mengumpulkan dan Menyatukan Perniagaan dan Syarikat yang di miliki Umat Islam untuk dijadikan Sebuah Angkatan, daripada sekecil-kecil perniagaan Umat Islam sehinggalah syarikat perniagaan yang besar sekiranya di satukan akan menjadi lebih besar dan kukuh, Oleh itu Tuanpunya Syarikat dan Perniagaan Islam boleh Berkorban dengan “Meminjamkan” Syarikat atau Perniagaan Mereka Bergabung di dalam Angkatan Perdagangan Islam



2. Keseluruhan Umat Islam juga boleh “Pinjamkan” samaada Ilmu, Harta, Wang ringgit, Tenaga, dan Masa dalam Angkatan Perdagangan Islam ini, malah Umat Islam dapat meminjamkan apa saja kepada Angkatan Perdagangan Islam



Umat Islam yang mempunyai Ilmu “Kemahiran” dalam segenap bidang boleh juga Pinjamkannya kepada Angkatan Perdagangan Islam, Contohnya Umat Islam yang mempunyai Kemahiran dalam bidang Mekanik Kenderaan dan IT dapat meminjamkan Ilmu mereka dengan menyubang Ilmu mereka kepada Angkatan Perdagangan Islam, Doktor-doktor dan Jururawat serta Ahli Perubatan Tradisional juga boleh menyumbangkan Ilmu mereka di dalam Angkatan Perdagangan Islam, Kesimpulannya segala Ilmu yang di miliki oleh Umat Islam akan di gabungkan untuk Memajukan Islam, Ilmu Umat Islam yang Berharga ini akan di “Bayar” oleh ALLAH SWT sekiranya Umat Islam sanggup meminjamkannya Kerana ALLAH SWT
Umat Islam yang mempunyai Harta seperti tanah dan bangunan atau kenderaan dapat meminjamkannya kepada Angkatan Perdagangan Islam, Adalah di alu-alukan Umat Islam yang mempunyai Tanah-tanah Terbiar supaya meminjamkannya kepada Angkatan Perdagangan Islam untuk di usahakan, Umat Islam yang mempunyai lebihan Kenderaan juga boleh meminjamkannya kepada Angkatan Perdagangan Islam, Umat Islam juga boleh Meminjamkan SAHAM yang mereka miliki kepada Angkatan Perdagangan Islam supaya Saham-saham ini dapat dikumpulkan dan dengan jumlah Majoriti Saham ini akan membolehkan Angkatan Perdagangan Islam Menguasai Syarikat-syarikat Besar contohnya Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia, Proton dan lain-lain lagi, Sebagai contoh Umat Islam yang menjadi kakitangan Tenaga Nasional boleh Meminjamkan Saham mereka kepada Angkatan Perdagangan Islam
Umat Islam juga boleh meminjamkan Wang Ringgit mereka untuk Memajukan Sistem Ekonomi Islam, berlawanan dengan Arus kehidupan sekarang selalunya Umat Islam yang akan meminjam tetapi untuk Angkatan Perdagangan ini Umat Islam pula yang akan memberi Pinjaman
Tenaga dan Masa yang di Pinjamkan ialah Usaha daripada Umat Islam untuk menjayakan Angkatan Perdagangan Islam ini, Tenaga dan Masa Umat Islam untuk “Marketing” dan mengajak Umat Islam lain menyertai Angkatan Perdagangan Islam dan sebagainya




Pelaburan


Angkatan Perdagangan Islam ialah penyelesaian kepada Masaalah Umat Islam masa kini, dimana Umat Islam masa kini masih lagi tidak mempunyai ruang untuk benar-benar Melabur dengan Sistem Ekonomi Islam, dengan adanya Angkatan Perdagangan Islam yang di Perkukuhkan oleh Umat Islam sendiri Umat Islam boleh melabur di dalam Angkatan Perdagangan Islam yang tiada Syak dari sudut Islam, Pelaburan yang tidak menetapkan jumlah dan keuntungan yang di kongsi Sesama Umat Islam



Memandangkan keadaan semasa dimana ramai Umat Islam melalui satu ujian getir iaitu “Pelaburan Internet” dan MLM yang menjadi topik perbualan hangat baru-baru ini, kita tidak tahu berapa ramai Umat Islam yang mengalami kerugian atau mendapat keuntungan, pada masa yang sama kita juga tidak tahu berapa banyak keuntungan yang berjaya di dapati oleh bukan Islam, begitu juga apabila harga barangan runcit naik sebelum gaji Kakitangan Awam naik, ini menjadikan tekanan ekonomi yang menimpa Umat Islam lebih parah, Puncanya hanyalah di sebabkan tiadanya Sistem Ekonomi Islam yang menjadi Pusat Ekonomi Umat Islam



Adalah menyedihkan apabila melihat Umat Islam tertekan dari sudut Ekonomi, Oleh itu adalah lebih baik sekiranya Umat Islam dapat Melabur di dalam Angkatan Perdagangan Islam (Sistem Ekonomi Islam) berdasarkan Panduan Kitab Suci Al Quran Surah Al Hadiid Ayat 10



Pelaburan juga bermakna Umat Islam perlu “Membelanjakan” Hartanya pada Jalan ALLAH dan “Sumbangan” atau “Derma” Umat Islam kepada Islam, sepertimana Petunjuk yang terdapat di dalam Kitab Suci Al Quran Surah Al Baqarah Ayat 261, 262, 265 dan 274, juga Surah AT Taubah Ayat 121 dan Surah Al Hadiid Ayat 7, dimana Umat Islam di Perintahkan supaya Membelanjakan Harta Pada jalan ALLAH



Pelaburan kedalam Angkatan Perdagangan Islam juga berkonsepkan Hadis Rasullullah SAW yang Bermaksud 9/10 daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada Perniagaan, Dalam keadaan sekarang dimana ramai Umat Islam yang bekerja samaada Bekerja Kerajaan atau Swasta seperti kerjaya sebagai Polis dan Tentera dan Bomba (sektor Kerajaan Beruniform) ataupun Kerja Kilang (Swasta), sudah pasti Umat Islam yang Bekerja Kerajaan atau Swasta ini terikat dengan undang-undang samaada tidak dibenarkan berniaga dan lain-lain lagi, dengan adanya Sistem Ekonomi Islam mengikut Contoh (Sunnah) Rasullullah SAW, Umat Islam dapat merebut Peluang untuk Berniaga Pada Jalan ALLAH SWT dan 9/10 sumber rezeki bersama-sama dengan Umat Islam yang lain



Kesimpulan



Umat Islam hanya mempunyai Satu Jalan sahaja untuk maju dalam kehidupan Dunia dan Akhirat iaitu jalan Sunnah yang telah di tunjukkan Rasullullah SAW, Umat Islam mempunyai berbagai Kemahiran yang sekiranya dapat dikumpulkan menjadi satu sudah pasti Umat Islam akan dapat meningkatkan Teknologi yang lebih moden dan Menguasai Bidang Ekonomi sama seperti Umat Islam Zaman Rasullullah SAW, Umat Islam telah terlatih untuk melakukan Dakwah iaitu Pemasaran atau “Marketing” yang Cekap, Umat Islam sendiri telah terlatih untuk memberikan Perkhidmatan Terbaik dan Menghasilkan dan Menjual Barangan yang Halal, Terbaik dan Sudah pasti membawa dan memberi KEBERKATAN kepada Penjual dan Pembeli dan Pengguna, Umat Islam bukan sahaja dapat Memberi Kebaikan kepada Umat Islam sahaja malah Umat Islam dapat membawa Kebaikan kepada keseluruhan Manusia dan Makhluk ALLAH SWT diatas Muka Bumi ini



Sekiranya Rancangan ini berjaya Umat Islam bakal menikmati Satu Rangkaian Perniagaan yang cukup besar dan lengkap contohnya rangkaian Kedai Runcit Islam yang terdapat di seluruh dunia dan Pasaraya-pasaraya Besar dan rangkaian Kontraktor Islam yang Terbesar dan Termoden dan Rangkaian Perladangan Penternakan yang Terbesar dan Rangkaian Syarikat IT yang Besar dan bermacam-macam lagi Kemudahan



Melaksana Sistem Ekonomi Islam adalah Tugas Berat yang perlu di lakukan oleh Umat Islam yang Cintakan Islam, Yang Sayangkan Islam juga pada yang Ingin Berjihad Pada Jalan ALLAH SWT ini ialah medan yang akan menguji Kemampuan kita dalam menempuh Cabaran dalam Kehidupan Dunia yang sementara sebelum menempuh Alam Akhirat yang kekal, Seperti biasa kepada Semua Lelaki Islam, Para Mukmin sekelian Tanggungjawap Kita untuk Bersahabat dan Berjihad Pada Jalan ALLAH amatlah diperlukan dan kepada Semua Wanita Solehah Para Mukminat Sekelian contohilah Ummu Mukminin Saidatina Khadijah RA, Tumpukan pada Pembangunan Islam yang menjamin Kehidupan Dunia dan Akhirat



Sistem ini masih dalam Percubaan di dunia “Siber”, Percubaan di dunia luar telah banyak kali menemui kegagalan di sebabkan terdapat beberapa masaalah teknikal yang tidak dapat di elakkan, dengan Bantuan daripada Setiap Mukmin dan Mukminat yang Sayangkan Islam, Mencintai ALLAH SWT dan RasulNYA Insyaallah masaalah teknikal ini dapat di selesaikan,



Pada masa kini hanya kajian sahaja yang di jalankan tiada sebarang bayaran atau kutipan yang akan di kenakan, usaha di lakukan untuk mengumpul sebanyak mungkin Umat Islam Yang Beriman bagi menjayakan rancangan ini, sebarang kutipan dan pembayaran akan di beritahu kelak setelah mendapat persetujuan daripada Anda Semua Umat Islam yang Beriman yang menyertai rancangan ini, Tiada Paksaan untuk menyertai Rancangan ini



Kepada Mukmin dan Mukminat yang mempunyai Syarikat Perniagaan mahupun Firma-firma perunding (Guaman, Akaun, dan sebagainya) yang ingin menyertai, Sertakan

Nama Syarikat :

Bidang Perniagaan :

Alamat :

No Telefon:

emailkan kepada: usahawan_berkat@yahoo.com



Kepada yang berminat untuk menyertai dalam bentuk Pelaburan dan Pinjaman sertakan Nama :

Jumlah Pelaburan :

Alamat:

No. Telefon

emailkan kepada : usahawanberkat_pelaburan@yahoo.com



Kepada yang berminat menyertai dalam bentuk Pinjaman sertakan

Nama :

Bentuk Pinjaman : contoh Wang, Saham, Aset seperti Tanah mahupun Rumah

Alamat :

No. Telefon :

emailkan kepada : usahawanberkat_pinjaman@yahoo.com



Kepada Umat Islam Yang Beriman yang berminat menyertai tetapi tidak berkemampuan (tidak mempunyai syarikat, menyertai skim Pinjaman dan Pelaburan) beleh sertai juga dengan menyumbangkan Tenaga dan Minda Anda sertakan

Nama :

Alamat :

No Telefon :

Emailkan kepada : usahawanberkat_minda@yahoo.com



Bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan dan kesalahan serta kesilapan Cadangan daripada Semua Mukmin dan Mukminat amatlah di alu-alukan, Sebarang Pertanyaan dan Pandangan ataupun mempunyai sebarang Idea mengenai Sistem Ekonomi Islam ini boleh Emailkan jihadniaga@yahoo.com atau Telefon : 013 222 7600 Amirruddin



Akhirkata Setiap Yang Baik Dari ALLAH SWT, dan Yang buruk itu datang dari diri saya yang lemah lagi hina, Saya Minta Maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau tersalah fakta

SEMOGA ALLAH BERSAMA ANDA



WASSALAM

No comments: