Tuesday, September 1, 2009

INZ Padu sedia laman web halal

INZ Padu sedia laman web halal

INZ Padu Corporation Bhd melancarkan laman web halal www.dunyahalal.com bagi manfaat individu dan usahawan untuk mencari produk serta perkhidmatan halal di seluruh dunia.

Pengarahnya, Abdul Rahman Mohd Ali, berkata syarikat melabur kira-kira RM150,000 untuk membina laman web berkenaan yang sudah boleh dilayari sejak tujuh bulan.

Katanya, syarikat memperuntukkan RM250,000 lagi hingga akhir tahun untuk meningkatkan kapasiti, dan kandungannya laman web baru yang turut berfungsi bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal.

“Kami yakin laman web halal ini mendapat sambutan menggalakkan dan sejak dilancarkan secara tidak rasmi awal minggu lalu, laman web ini sudah merekodkan lebih 14,000 pengunjung.

“Laman web ini berguna kepada pelancong untuk menyemak pusat makanan dan tempat tinggal masing-masing, selain membolehkan peniaga mengiklan serta memasarkan produk dan perkhidmatan untuk manfaat sejagat,” katanya selepas perasmian laman web www.dunyahalal.com, di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Abdul Rahman berkata, dana yang diperuntukkan turut diguna untuk menawarkan laman web itu dalam bahasa asing termasuk bahasa Inggeris, Arab dan Mandarin. Kini, laman web itu dipapar dalam bahasa Melayu.

Mengenai pemantauan status halal dalam laman web itu, Abdul Rahman berkata, ia dilaksanakan oleh panel syariah yang ditubuhkan dalam syarikat, selain turut mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

1 comment:

web_master said...

terima kasih kerana menulis dan memberi sokongan dalam blog ini..
dari kami dunyahalal.com