Sunday, August 2, 2009

Peluang Terbuka Luas Untuk Ejen Bumiputera Menembusi Pasaran Insurans Hayat

01 Ogos, 2009 1359 PM

Peluang Terbuka Luas Untuk Ejen Bumiputera Menembusi Pasaran Insurans Hayat

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) Peluang untuk ejen Bumiputera menembusi pasaran insurans hayat dan berjaya, terbuka luas kerana masih banyak masyarakat Malaysia, terutama Bumiputera, tidak memiliki polisi insurans tersebut.

Sehingga ini dianggarkan hanya 40 peratus rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat dan daripada jumlah itu, pemegang polisi di kalangan Bumiputera kurang daripada 10 peratus, kata Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Md Adnan Md Zain, pada Konvensyen Ejen Bumiputera di sini, Sabtu.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim.

Ini merupakan satu cabaran utama untuk ejen-ejen insurans meningkatkan peratusan pemilikan polisi insurans hayat bagi penduduk Bumiputera khususnya dan seluruh penduduk negara amnya kata Md Adnan.

Pada masa ini terdapat kira-kira 15,000 ejen insurans hayat Bumiputera atau 20 peratus daripada 75,000 ejen insurans hayat yang berdaftar di negara ini.

Berdasarkan perangkaan latar belakang pendidikan, lebih daripada 40 peratus ejen Bumiputera berkelulusan kolej dan universiti, katanya.

BERNAMA

No comments: